Friday, December 2

Tadahkan tangan dan berdoa.. tidak susahpun..

Assalamualaikum.. 

Doa merupakan senjata mukmin.. Doa juga merupakan penghubung hati hamba pada Ilahi..
Umat Islam digalakkan berdoa dalam apa jua keadaan tidak kira senang atau susah..
 Namun,, manusia memang alpa.. ketika senang,, 
kita sering lupa daratan,, lupa di atas bumi siapa kita berpijak.. 
Apabila susah,, barulah kita ingat akan Allah.. Barulah teringat untuk berdoa kepada Ilahi..
 Astaghfirullah.. 

Ayat ni selalu disebut dalam radio IKIM.fm.. 
Ayat ni menerangkan bahawa,, Allah akan perkenankan doa-doa hamba-Nya..
 Tidak kira lambat atau cepat.. Jadi,, sentiasalah kita mengangkat tangan 
dan berdoa memohon hidayah dan petunjuk.. Allah sentiasa bersama kita..
 InsyaAllah.. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha mengasihani.. 

Di bawah ini adalah doa rabithah
 yang terdapat dalam al-Ma'thurat
 yang boleh dijadikan
 peneguh tautan hati.. InsyaAllah..





Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah bersatu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemudalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

kuaatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

lapangkanlah dada kami
dengan karonia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

insyaAllah..

 
sekadar pedoman buat diri dan semua.. :)

No comments:

Post a Comment